Assalamualaikum w.b.t
hope u guys hava blessed saturday nite. :) saya dah lama tak update blog nih. dah bersawang-mawang dah. lepas-lepas wat biznes trus senyap kan? hehe. nak update kena ada mood gak.. banyak cerita saya simpan nak story-mory dalam blog nih wat 'kenangan' diri sndiri sudeyy. sape la nak baca kan?kui3.
1st of all.. alhamdulillah im in a semester break about 3 weeks camtu. dah tamat pon 1st sem of my 2nd year as a student. pasni masuk final sem utk 2nd year..pastu dah 3rd year.. cepatnya masa berlalu. subhanallah.. ;') saya rasa saya dh buat yg terbaik, cuma skang kena banyak berdoa dan bertawakal. result exam kuar 31hb nih. *im foine. cool jer. relek jer kot. xgelabah langsung. siyesly. ok tipu sangat. takutt umii!!~ huehuehue.
kenapa malam ni mace buang tebiat sangat nak update lepas bertahun2 hilang dri dunia blogger? hati ni sebenarnya tak tenteram. banyak benda sangat pk dalam kepale nih. humpp.. ya Allah, saya bersyukur dgn segala ketidaktenteraman yg sy sedang lalui skang. actually bukan skang jer prasaan ni datang..tpi dh bberapa bulan.
saya dah lama sedar, petunjuk dri Allah datang dari pelbagai sudut. kiri kanan atas bawah. pejam mata. nampak. bukak mata..pon 'nampak'. duk hang out dengan mmber, terfikir. dalam tahun ni.. aku harap aku diberikan sedikit lagi kekuatan driNya utk mmbuat satu anjakan paradigma dlm hidup aku.. tapi aku hanya manusia yg lemah, kdang2 kalah dengan godaan syaitan. maafkan aku ya Allah.. Dia telh kurniakan semua nikmat yg aku miliki skng tpi apa yg aku berikan sbg balasan..
hope u guys yang membaca entri kali ni, sama2 doakan supaya kt berubah kearah kebaikan seiring dengan laws of Allah yg termaktub dalam KitabNya. ameen..
orang lain dah ramai yang berubah, kenapa kt tak boleh?
orang baru masuk Islam dah lebih mengenali ISlam dari kira yg dilahirkan sbg seorang ISlam, tak rasa malu ker dgn diri kt?
petunjuk Allah berikan dah banyak, tapi kita masih leka dgn nikmat dunia yg sementara dan sengaja memekakkan telinga dan menutup mata kerana kita menipu diri sendiri.shame us. poor ourselves.
kita dilahirkan sebagai Caliph atas muka bumi ni utk beribadat kepadanya, itu tujuan kita diciptakan..bukan nak berfoya2 dengan menyalahgunakan nikmat Allah bagi.
-------------------------------------------------------------------------------
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan seluruh jin dan seluruh[1] manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu[2]“.
(QS : Adz Dzariyat [51] :56).
-----------------------------------------------------------------------
peringatan kuat utk diri sendiri. nur syakirah Yusof bangunla kamu dari tidurmu yang mengasyikkan, yang membuatkan kamu lalai dgn duniawi semata2, sudahsudahla kamu mensia2kan hidupmu atas perkara yang tidak bermanfaat keatasmu, hidup kita singkat saja.. janganla kamu berbangga kerana dilahirkan sbg seorang Islam tp cuma atas nama but you are not a practising Muslimah pun, bahkan kamu gagal nak list down apa contributions kamu terhadap ummah selama ni, nanti depan Allah nak jawab apa? leave a blank jugak? T___T