Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 12, 2010

hidup lagi. ada sesapa yg kecewa? ^,^

genapla setahun aku tak menaip blog. feww~ lame giler ou. mesti anda anda rendu aku kan..? keh3. facebook pon deactive selama 2 minggu sumthin, bagiku itu satu kejayaan yg terbesar sejak aku menceburi dunia social networking. the reason why? banyak faktor yang aku sendiri tak faham. so, jangan tanya. tapi ltely, baru jer active balik.. sebab rendukan adik2 aku, since semua da ada fb.. itu jer instrument untuk express rendu aku. sebab depa memang x text aku through nset, apatah lagi.. menge-call kan (T__T) i miss my family to death sampai terpaksa buat lukisan kartun untuk watak2 dalam family. gambar 1 family x da. to that extent la kan.. kesian.

i'm thinking of coming back to my hometown. tapi cam xlepas.. sebab exam,presentation berderet2. baru ku taw.. kat uia, laws memang xda mid term-exam. cuma ada 1st & 2nd test. senang citer, final exam still masuk dari silibus awal. x mcm kos2 lain. dah la banyakk seyhhh.
(-__-) pity life of me, i shudn't regret. instead, kena enjoy the difficulties & hardness. ok,then. imma student. this is the life. ;) sumone said..im getting kurus, ;( its no longer a compliment thou.
ok,dah insaf sekejap. tapi still berblogging, typing2 ngadap lappy. buku2 atas meja dok terbuka,tinggal gitu jer.

dear books,gimme 10 minutes utk bersosial.. hehe... till then readers.. byebye.

p/s: pendek jer kan post? ini post 10/10.. skng bru bleh post. kekeke

Friday, September 24, 2010

random post


hye people..
Today, aku xtaw nak post pasal apa lagi. adakah otakku ketandusan idea akibat banyak bergelumang dengan exam?=.= harini pagi-pagi lagi mcam malas nak bangun gi klas. klas jam 8 plak.. tido jam 4 pagi cmtu. apa tidaknya.. dok wat solat sunat+bertahajud+berzikir sampai lebam. (kalau ini lah sebabnya.. alhamdulillah.). huhu.klas jam 8..bangun jam 7.18. korang rasa aku sempat x mandi? wkakaka. uke,janganla kejam sangat kan nak suruh aku mandi time2 lewat gutu. pi klas awal lagi afdal taw dari tunggu nak mandi. hihi. sembang punya sembang dengan room8s merangkap sebagai classm8s aku, depa pon xmandi. kah2.whatta coincidence~ (T__T).sebagai seorang pelajar, korang jangan tipu la bajet xpenah ada pengalaman xmandi gi klas cakap tak mau kalah gak... untuk menutup aib, korang letak bedak powder banyak2 kat ketiak.. sembur perfium melimpah ruah kat baju. tapi aku plak lebey suka mengekalkan natural bau badan, so xda pakai sebarang pewangi. hahaha

Habis jer exam minggu ni.. rasa macam dh habis final exam (padahal bru mid term). pas balik klas double period, aku settle ptptn (xhabis2 kan)..then balik qadha tidok. maklumlah.. utk mengekalkan kesihatan & menaikkan seri wajah kena cukup tido.( selain dari tip berwuduk).ngee~ bangun2 trus ngadap lappy. dengan line wireless uia yang begituu mantooooppp, aku dapatla melayari beberapa blog orang2. 1 blog yang aku kunjung ni, begitu menarik perhatian aku.. mana tak nya, dari awal smpai habis dia bercerita pasal fashion fashion fashion & all the women thing. haha. pastu aku dapat 1 tip dari dia macamna nak pakai inner syria supaya muka tak jadi bulat semacam. memang bagus saranan & tip dia. aku excited nak mencuba gak. ye la... untuk orang2 yang pipi tembam macam aku ni.. susah la nak pakai tudung syria tu enn.. tapi tak sedor diri.. nak gak pakai, sebab tengok orang2 pakai lawa.. aku dah lama nak tau tip macamna nak pakai inner tu bagi muka nampak bujur... nak cuba sumthin new, oghe kato kene lerr sesuai mengikut keadaan tempat waktu dan sebagainya. kalu da ghupe tu pelik time pakai, tape.. pakai la jugak. keyakinan diri tu penting. biar aura cantik datang dengan sendirinya.. cewah. (hape aku kesah?)

maseh tembam..adoyyou

aku ni bukanla seorang yang suka berfashion sangat. tapi takde la dress up tah hape hape en.. aku bukanla orang yang up to date pasal fashion. aku pakai rembat jer baju yang ada.. asal selesa. namun begitu, bukanla juga orang yang mengamalkan sikap bersederhana, sebab aku kaki boros. tapi aku tade la jenis kaki paw duda berperut besar, pisau cukur ketiak dan seumpamanya. kalau tak.. dah lama boy aku keja buruh kasar,minum milo gantung tu ha. eh ape yang aku melalut ni =.=

ha korang korang, aku nak citer gak pasal hari aku harini kat sini. (macam pantun).Atas2 tadi baru footnote. tu pasal panjang semacam.. petang tadi aku baru je balik berbakti kepada masyarakat. ( pess taim lam idop sebabtu nak riuh macam kuceng ilang tanduk). sebab petang esok ada jamuan aidilfitri mahallah aku (m.sumayyah) buat. ada la persiapan macam nak kenduri cukur jambul punya la meriah! macam macek2 kat kampung dok bergotong-royong masak2 utk kenduri..ala...korang bleh bayang x keadaan dan suasana macamna?kalau yang dok bandar xleh lerr nak imagine kan.. ok aku ni aku ni ditugaskan watpe plak? semestinya keja yang paling berat dalam skop potong-memotong,kupas-mengupas.. iaitu kupas potatoes. haha. punya la bangga kembang nak mampos sorang foreigner ni cakap aku kupas potatoes bagos, cantik, licin, berkelip2 dan sebagainya. aku pon tersipu2 macam kerang busuk menahan bangga yang bersarang dihati. pergh! mana nak cari wey zaman skang pompuan kupas potatoes dengan bagus? kah3. dengan sedikit motivasi yang diberikan secra impliedly express.. akan ku tingkatkan skill memasak aku di masa akan datang. for at least, before kawen. ihikihikihik~ (gelak gedik)


p/s: aku harap mak mertua aku jenis yang bukan kaki dapur macam aku gak.

Thursday, September 23, 2010

how do i look?



Thanks to naeemah for her shawl. i borrowed it to test macamna rupa aku bila pakai lilitan selendang cara students foreigner kat sini pakai.
the result is- chubby. huhu. tapi comel la jugak kan? haha
lilitan selendang macamni membuatkan pandangan sekeliling jadi luas. i like~

Itu lah penangan budaya yang dibawa masuk oleh students asing ke negara kita. bukan saja memberi impak dari sudut ekonomi,pelancongan dan sebagainya. malah juga dari sudut fashion.
(ayat skema..hehe)..

Tapi tak de la sampai nak pakai ke luar kemana-mana kan. im not ready for abit transformasi. haha. lagipun, orang2 melayu kita ni jenis jakun bila tengok perubahan drastik orang lain. dan jenis suka mempersoalkan why why why dulu tak pernah pakai macamni..bla,bla.
hey, suka hati la kan. jeles pesal. <-- situasi yg kerap dialami oleh orang cantik dan comel yang dicemburui ramai.macam aku. haha! (masuk bakul angkat sendiri, baru independent ;p )

Wednesday, September 15, 2010

lagi pics raya dengan member2

selamat hari raya dari kami =)

dari kiri; fifiey,gdah,me,izzati,hieda,tat,zilah,ipah

open house umah

dengan adik tirah

love.love.love

bestfriend; najwa






p/s: sila melayan gambar2 diatas. =)

Monday, September 13, 2010

diari raya ku..



Dah ramai blogger yang dah masukkan entri raya dorang. aku jea lambat sket. beraya sakan sampai malas nak ngadap laptop.hehe. ada yang siap upload pics raya dorang malam2 raya. fuh! semangat~ dalam bulan syawal ni, ramai juga pasangan yang memilih untuk melangsungkan hari pertunangan, perkahwinan, menyambut hari lahir, cukur jambul (eh? =D ) dan sebagainya. Pasti bertambah meriah la kan. tetamu lebih ramai dari tahun2 sebelumnya. tahniah buat mereka-mereka. ;)

Makanya, hehe. selain merayakan hari raya aidilfitri seperti tahun2 sebelumnya, ada 1 event yang aku hadiri- engagement day of my pretty cousin; Anis Hazrina anak pak ngah Azizan. cewah. barakallah alaik. moga berbahagia hari2 seterusnya, hingga kejinjang pelamin dan keanak cucu. Majlis berlangsung pada hari raya ke-2.

love.love.love

Lihat gambar diatas- itu bukan baju rayaku. tapi baju pinjam adik hieda punya. =( alkisah, baju raya lagi 2 pasang maseh kat tailor. itu pasalnya, aku cerewet bab baju ni. imperfectnya skit jer, aku rela dia alter bagi ok, n sokay if baju raya lambat pakai.hehe. terok.terok. so, 1st n 4th day.. i got my own baju raya. 2nd & 3rd xda.

bersama ayahanda tersayang

Cakap pasal, xpakai baju raya, observation aku dalam 3,4 hari raya ni, ramai yang pakai baju raya lepas or baju2 yang memang dah ada. berbanding dengan tahun2 lepas, ini suatu fenomena yang baru! maybe semua dah ada kesedaran dalam mengamalkan sikap bersederhana kot? haha. bagus bagus. atau ada gak yang case macam aku ni, baju raya tak siap? possible juaaaa.. ;p

terpaksa pakai blouse emergency

adik-adik yang cool <3

kesimpulan yang aku boleh wat untuk eid tahun ni- TAK MERIAH. apa kata anda anda?? eid aku je kot. yang laen suma meriah2 belakos. kan? ;)

Preparation raya- i made my own cookies~ ;p berbangga dengan diri sendiri. at last, dapat juga aku wat cookies tanpa pertolongan umi. sedap gak! (perasan =.=) even ada 1 jenis ni, keras macam batu,baling xpecah. huhu. tapi pas gigit tu, sedap la jugak.haha- kata orang2 lah. aku dah naek pening asik makan cookies sendiri tyme dok buat haritu. siyez. =,=. so, i spare my ownmade cookies for him. & he loves them. ;)

Last day before aku balik Gombak malam tu, aku sempat gi beraya umah member kat Pendang. konvoi dengan member2. best sangat. sebab last day tu, aku sempat beraya dengan dia.Ingatkan dah tak berpeluang. ;D


syakirah & faeiz


selamat hari raya from both of us ;)




kepada mereka-mereka yang datang memeriahkan open-house rumah aku;
TERIMA KASIH. *next year jemput datang lagi


-------------------------------------------------------------------------------
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua pembaca setia blog ini
ikhlas daripada Nur Syakirah Yusof =)

ENTRI RAYA 2010
---------------------------------------------------------------------------------