Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 3, 2010

padah wat kepala taw

Malam ni aku kekurangan mood nak taip entri. hurm, sebabnya aku baru jer settle masalah blog aku yang kucar-kacir tak tentu hujung pangkal memang rasa nak menyebai. thanks to my adorable couz- aida for helping me to solve the prob. Harini gatai-gatai jari nak menggodek-godam setting blog tanpa tunjuk ajar sifoo. dah taw budak baru blajar skali kau wat kepala taw tu watpe la kan... papp kod html tu.. papp kod html nii.. tu sume gara-gara nak cari blogger template..

aku dah kehilangan widgets aku yang lama; cetbok,feedjit,bekground n kedudukan strategik lagi utuh page elemts. lagi sedey bila cetbok aku baru jer nak mula masuk orang mcam rumah usang tiada penghuni.. kalau x, busan2 bleh baca orang hye hye kite... sedeyy wuwuwuuwu. ok, dah cukup pathetic skang. sampai sini saja dear readers..

hope korang bleh datang memeriahkan lagi page aku mcam dulu.. teehee! ;)


gudnyte! thanks for reading this entry ;))

Thursday, December 2, 2010

birthday girl gathered with her friends

good nyte everyone..~ hye hye semuaa... ;) how u doin guys? hope u fine as always..

Malam ni..malam jumaat.. elok la kalau kita penuhi malam ni dengan ibadah2 sampingan selain solat fardhu.. seperti baca yasin. rite? kalau hari2 nak baca.. memang liat la kot en.. at least, malam jumaat.- ni prinsip idop aku. keh3. (do not practise this at home). =.= biasa malam ni, seisi rumah akan ngadap rancangan semanis kurma. aku plak memang jarang tengok tv. tapi malam ni aku menunggu rancangan tu sebab tajuk dia best- kahwin muda. haha. motif motif. ok, end said pasal ni.

Petang tadi..aku join gathering dengan member2.. cuti ni tak jumpa pon lagi.. i wud definitely eager nak hang out dengan depa. huhu. lagipun, nak celeb birthday me & tart which fall under this month. ;) thanks to tat for the suprise- chocolate indulgence secret recipe. i was like 'whooaaa~' ok! haha. kan aku ada citer.. dem crazy nak makan SR tu.. now, i have it. n thanks to the rest for celebrating the day. i love u olz so much... muaaahhhhhh!!~ xoxo. ;)


happy birthday to me~ lalala =.=

besama cik put kite yaw~ =,=

from left; miera,tat
back: fifiey n me ;) (do i need to introduce me? =.=)


i forgt when was the last day i cut a birthday cake


p/s: sorry guys aku malas nak taip essay macam salu.. bukan perot jer berat ayam ngan kek.. jari jemari yg mulus lagi tulus ni pon ikut malas..hihi

i love u people. xoxo. thanks for reading this short entry. ;)



Wednesday, December 1, 2010

birthday present i guess & tips untuk kurangkan berat badan

hye jelitas n kachaks skalian..

how u doin guys..? sehat x sehat x? harini korang makan ape jer? ala..cikedis jer ker? hurmm.. abeh diet la tuh? haha. (mcm si dia yg diet mkn cheeze bizkitz.haha). harini aku bekpes nasi kukus aina (sedap gila doe.sumpah xtipu), tengahari aku kuar ngan abah n adik shopping mende2.. n ingat xmau lunch la kan.. sebab lunch xpenting sgt sbb da bekpes. tnggu petang2 skit.. baru nak melantak. time tu bukan da melantak namanya.. tapi mentekedarah.ngee~ tapi kitorang drop kat mcD, ter'order' plak set mcD. adoi..

balik jer dari shopping.. aku bahagia gilerr..

sebabnya aku da dapat 1 benda ni yang aku tergila2 kan sejak aku lahir lagi.. bukak2 mata jer.. 'nak treadmill..nak treadmill..' haha. i got my own treadmill..! yayy me~ akhirnya people.. =') kalau tak, aku nak cakap kat bakal suami aku..hantaran esok aku nak treadmill satu jer... satu jerrr~~~~ hihi. to that extent. =.= so, harini aku da bejaya convince abah.. can't wait to run on the track again people.. im so happy =') sehappy korang bila..
dapat bechenta dengan boifrend orang..
dapat menggoreng sekeping telur dadar dengan jaya buat julung kalinya...
dapat grab baju idaman sejak tadika..

ini adalah satu kejayaan dean list lam hidup! terharu kan =')


i got a tip from ogawa's people. which is.. dia cakap tak elok naikkan incline sampai tinggi sebab tak bagus untuk ankle bcuz people do so ramai da komplen.. hurm,

incline tu pekebendanya?

incline tu fungsi macam korang naek bukit la.. bleh adjust ketinggian 'bukit' dia.. wrong perception aku; bleh dapat strong n hot legs. wkakaka. penat jer doe.

here i attach skali tips untuk kurangkan berat badan dari Kevin Zahri's

  1. 1.

    Jangan skip meals.Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan Terbaik?Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.

  2. 2.

    Kawal nafsu makan….once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.

  3. 3.

    Tingkatkan tahap keaktifan anda…tak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti

    • Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda
    • Jangan guna lif…use the stairs ( bahagia ditingkat 5. xnak pindah! hihihi)
    • Bersihkan rumah anda
  4. 4.

    Ketahui keperluan kalori anda. Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian anda.

  5. 5.

    Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu. Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them

  6. 6.

    Diet pills? Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal…..

  7. 7.

    Tak pandai kawal nafsu makan? Belilah protein shakes dan makannya di antara hidangan due kali sehari..1. antara sarapan dan lunch…2. antara lunch dan makan malam


    i hope u guys can benefit from the tips. thank you. & good nyte dear readers! ;) xoxo

Tuesday, November 30, 2010

susulan crita jantan wat seks lepas bunuh isterinya

susulan entri aida farhana- lelaki buat seks selepas bunuh isterinya-
aku terbaca kisah jantan gila seks ni lam entri couzin.. & rupanya2 citer ni dh lama berlaku..tahun 2010 lagi. nampak sangat aku ketinggalan isu semasa.. haha. tapi memang tekejut giler seyh.. aku pon 'terpanggil' untuk expand citer ni..

innalillah buat mangsa fazlina ahmad...

AMPANG JAYA - Polis percaya seorang lelaki yang merupakan suami kepada Fazlina Ahmad, 39, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terikat di dalam almari rumahnya berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi orang buruan.

Kali terakhir Mohafri Mohamed, 37, (gambar) dilihat ialah di kawasan Stesen Kereta Api Rawang sambil membawa sebuah beg galas dalam keadaan cemas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat katering itu tidak mempunyai banyak wang ketika melarikan diri.

"Kita dimaklumkan dia hanya membawa RM100 ketika melarikan diri dan sebab itu polis yakin dia masih berada di sekitar Lembah Klang.

"Tambahan pula, dia tidak mempunyai ramai rakan yang membolehkannya bersembunyi atau meminta bantuan. Kita meminta ahli keluarganya menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau memujuknya datang menyerah diri," katanya di sini semalam. - Kosmo

SEBELUM INI

Tahun baru..suami bunuh isteri

Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata wanita berusia 22 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

"Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam semalam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.
Amiruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga.

Beliau berkata Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan.
"Kita masih menunggu keputusan bedah siasat dan polis sedang mengesan suami mangsa yang sehingga kini gagal dikesan untuk membantu siasatan," katanya.
Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina.

Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi anggota keluarga Fazlina termasuk kenalan rapat yang menunggu untuk menuntut mayat sehingga bedah siasat selesai.
Kakak mangsa, Faezah, 40-an berkata kali terakhir beliau menemui adik bongsunya pada Sabtu lepas ketika beliau pulang bercuti selama sehari di kampung di Jelutong, Pulau Pinang.

"Adik ada balik kampung (di Pulau Pinang) pada 26 Dis lepas. Dia ada beritahu akan kembali pulang ke kampung pada 30 Disember (semalam) untuk menceritakan masalah yang menimpanya... saya syak mungkin masalah rumahtangganya," katanya.
ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat HKL.Faezah berkata kejadian yang menimpa adik bongsu daripada empat beradik itu suatu tragedi yang tidak disangka boleh berlaku dalam keluarganya.

"Kami sekeluarga tidak tahu masalah yang berlaku ke atas Fazlina dan suaminya. Kami terkejut mendapat berita kematiannya tengah malam semalam dan pagi ini baru tiba dari kampung. Jenazah akan dikebumikan di Pulau Pinang," katanya sayu.
Fazlina meninggalkan dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga ibu mentuanya. -BERNAMA

SEBELUM INI

Sumbat Mayat Dalam Almari

HULU KLANG: Kebimbangan seorang rakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai mati dibunuh suaminya dalam kejadian di Pinggiran Ukay di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Fazlina Amad, 39, dipercayai dalam proses bercerai dengan suaminya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibungkus dengan cadar dan disumbat dalam almari baju di tingkat atas bilik utama rumah teres dua tingkat itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa jam 1 tengah hari dari rakan baik mangsa yang sering berhubungan dengan mangsa.

Bagaimanapun, apabila panggilannya tidak dijawab, rakan mangsa yang bimbang membuat laporan polis.

Sejurus menerima maklumat itu, katanya pihak polis memeriksa rumah mangsa dan menemui mayatnya dalam sebuah almari berbungkus kain cadar jam 9 malam.

“Mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam dan meninggalkan anak perempuan berusia 5 dan 7 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketika kejadian, pembantu rumah bersama anak mangsa di rumah keluarga lelaki dan pasangan suami isteri itu dalam rumah berkenaan.

Difahamkan ketika ditemui mulutnya ditampal pita pelekat dan dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, menurut sumber mangsa mengalami masalah rumah tangga kerana suaminya dipercayai menjalin hubungan dengan wanita lain dan mereka sering dilihat bergaduh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis mencari suami mangsa yang menghilangkan diri untuk membantu siasatan. - Metro


p/s: mintak simpang dijauhi jodoh sebegini. =.=

Monday, November 29, 2010

kuceng cekgu cirit birit!

Salam berita jam 10 sengah! hehe


Malam ni aku nak share pasal story or experience aku yang aku akan ingat sampai bebila.

Masa : last semester 2011
venue: Ahmad Ibrahim kuliyyah of Law aikol MM4.12
Kelas: Bahasa Melayu Komunikasi

sedetail itu yer.. hihi. dulu la kan... masa aku blom masuk menara gading, masa aku remaja anak dara time skolah menegah dulu.. (skang maseh dara &begetah uke.kah3), aku dok dengar2 citer siswa-siswi pasal life dorang as a graduate kat universities masing2. citer nak rak jer kan... bajett 'aku-makan-garam-dulu' 'korang kecik gi apa taw'..sok masuk u baru korang rase. ha!! gedebukkk! kelapa jatuh atas pale! yer yer aku da masuk u pon..aku plak rase..haa..ni pengalaman aku pasal pe'el or ragam lecturer (tak sumer.karang ada yang 'pedajey' repot psl entri aku nii.hihi).

masa aku skolah menengah time SPM, salu la kan..kite da nak kuar skolah,pasni nak masuk u plak.. so,kite excited giler dengar pengalaman orang2 masuk u 'oh wow! best giler' la nyah.. ada antra mereka penah citer, lecturer kat university tak macam cekgu2 skolah, sume pakai suap jer ilmu. itu lecture kasi semborr punya, prongg prangg prongg prangg kau malas lagi awang dogoi balik buat bendang la woi (sawah). (naseb aku minah,bukan awang =,~). tapi kat U lain, kau faham ker x.. lantak ler. tapi lectrer aku ada jer yang jenis suap sket.. xbanyak.hehehe. if nak wat klas, dia wat, if xnak..diam gutu jer.. or kasitaw classrep class postpone.

ada sorang cekgu klas BM ni, dia memag cat lover gilerr.. skali orang banci isi rumah dia.. dia kira dengan kuceng2 dia skali 'smua skali 46 orang isi rumah cik' haha! sebab populasi kuceng2 yg melebihi tuan rumah. dia begitu menyayangi haiwan jinak dan comel ini. wat jadi haiwan peliharaan-angkat' dia.. gi makan makanan mahal2. gi wat medical check-up, cucuk vaksin, gi wat vasektomi kat kuceng jantan spy x tambah populasi yang sedia banyak tu. tp still banyak sebab dia amik street-cats.

penyayang kan dia?

satu hari ni, dia tak datang kelas. kitorang ingat ape la kan.. skali classrep text


kitorang sekelas like -'oh whatt??' blurr jer kejap.

kusangkakan cekgu maen2... tapi siyes wey siyes. suma orang pon blahh la kan. aku jer kat situ gi, ape ni ape ni.. sedey doe kelas cancel.. wakaka. =.= (klas bm, cakap melayu bile gi nak ckp melayu lam klas kat sini. sume pkai slangaaaa english n arab jer.huhu). tapi sampai skang la..aku tak leh trime hakikat excuse itu.. bile pk logik pon ada betulnya.. yela,tinggal serumah.. cirit susah lak kan.. huhu.

macamna dengan korang yg bela kuceng lam umah? ada sapu gamat kat perot kuceng bila dia cirit x? hihi.


prop penting: plastik

till here then. thank you for reading this entry <3>

p/s: naseb ku bela hunny bunny lam sangkar emas.