Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

susulan crita jantan wat seks lepas bunuh isterinya

susulan entri aida farhana- lelaki buat seks selepas bunuh isterinya-
aku terbaca kisah jantan gila seks ni lam entri couzin.. & rupanya2 citer ni dh lama berlaku..tahun 2010 lagi. nampak sangat aku ketinggalan isu semasa.. haha. tapi memang tekejut giler seyh.. aku pon 'terpanggil' untuk expand citer ni..

innalillah buat mangsa fazlina ahmad...

AMPANG JAYA - Polis percaya seorang lelaki yang merupakan suami kepada Fazlina Ahmad, 39, yang mayatnya ditemui dalam keadaan terikat di dalam almari rumahnya berada dalam keadaan tertekan sejak menjadi orang buruan.

Kali terakhir Mohafri Mohamed, 37, (gambar) dilihat ialah di kawasan Stesen Kereta Api Rawang sambil membawa sebuah beg galas dalam keadaan cemas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat katering itu tidak mempunyai banyak wang ketika melarikan diri.

"Kita dimaklumkan dia hanya membawa RM100 ketika melarikan diri dan sebab itu polis yakin dia masih berada di sekitar Lembah Klang.

"Tambahan pula, dia tidak mempunyai ramai rakan yang membolehkannya bersembunyi atau meminta bantuan. Kita meminta ahli keluarganya menghubungi polis jika mempunyai maklumat mengenai lelaki itu atau memujuknya datang menyerah diri," katanya di sini semalam. - Kosmo

SEBELUM INI

Tahun baru..suami bunuh isteri

Polis menahan seorang wanita, dipercayai teman kepada suami wanita yang ditemui mati dalam sebuah almari pakaian di rumahnya di Pinggiran Ukay di sini semalam bagi membantu siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata wanita berusia 22 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara pada kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

"Polis menjejaki wanita itu yang dipercayai ada bersama suami mangsa pada kira-kira pukul 9 malam di sekitar ibu negara selepas dia (suami mangsa) menghilangkan diri ketika mayat isterinya ditemui di rumahnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat Fazlina Ahmad, 39, ditemui dalam almari bilik tidur utama rumah teres dua tingkat oleh sepasukan anggota polis pada pukul 9 malam semalam selepas menerima laporan daripada rakan mangsa yang mengadu mangsa gagal dihubungi.
Amiruddin berkata polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan adalah berkaitan masalah keluarga.

Beliau berkata Fazlina dipercayai mati akibat kelemasan dan mayat mangsa tidak mempunyai sebarang kesan luka mahupun pergelutan.
"Kita masih menunggu keputusan bedah siasat dan polis sedang mengesan suami mangsa yang sehingga kini gagal dikesan untuk membantu siasatan," katanya.
Teman wanita itu dipercayai mengenali suami mangsa sejak awal tahun lepas atas urusan perniagaan makanan yang dijalankan bersama Fazlina.

Sementara itu, suasana sedih dan pilu menyelubungi Rumah Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dipenuhi anggota keluarga Fazlina termasuk kenalan rapat yang menunggu untuk menuntut mayat sehingga bedah siasat selesai.
Kakak mangsa, Faezah, 40-an berkata kali terakhir beliau menemui adik bongsunya pada Sabtu lepas ketika beliau pulang bercuti selama sehari di kampung di Jelutong, Pulau Pinang.

"Adik ada balik kampung (di Pulau Pinang) pada 26 Dis lepas. Dia ada beritahu akan kembali pulang ke kampung pada 30 Disember (semalam) untuk menceritakan masalah yang menimpanya... saya syak mungkin masalah rumahtangganya," katanya.
ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat HKL.Faezah berkata kejadian yang menimpa adik bongsu daripada empat beradik itu suatu tragedi yang tidak disangka boleh berlaku dalam keluarganya.

"Kami sekeluarga tidak tahu masalah yang berlaku ke atas Fazlina dan suaminya. Kami terkejut mendapat berita kematiannya tengah malam semalam dan pagi ini baru tiba dari kampung. Jenazah akan dikebumikan di Pulau Pinang," katanya sayu.
Fazlina meninggalkan dua anak perempuan berusia lima dan tujuh tahun yang kini dijaga ibu mentuanya. -BERNAMA

SEBELUM INI

Sumbat Mayat Dalam Almari

HULU KLANG: Kebimbangan seorang rakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai mati dibunuh suaminya dalam kejadian di Pinggiran Ukay di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Fazlina Amad, 39, dipercayai dalam proses bercerai dengan suaminya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila mayatnya dibungkus dengan cadar dan disumbat dalam almari baju di tingkat atas bilik utama rumah teres dua tingkat itu.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan mangsa jam 1 tengah hari dari rakan baik mangsa yang sering berhubungan dengan mangsa.

Bagaimanapun, apabila panggilannya tidak dijawab, rakan mangsa yang bimbang membuat laporan polis.

Sejurus menerima maklumat itu, katanya pihak polis memeriksa rumah mangsa dan menemui mayatnya dalam sebuah almari berbungkus kain cadar jam 9 malam.

“Mangsa dipercayai mati dalam tempoh kurang 24 jam dan meninggalkan anak perempuan berusia 5 dan 7 tahun,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, mangsa dipercayai mati antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Ketika kejadian, pembantu rumah bersama anak mangsa di rumah keluarga lelaki dan pasangan suami isteri itu dalam rumah berkenaan.

Difahamkan ketika ditemui mulutnya ditampal pita pelekat dan dalam keadaan separuh bogel.

Sementara itu, menurut sumber mangsa mengalami masalah rumah tangga kerana suaminya dipercayai menjalin hubungan dengan wanita lain dan mereka sering dilihat bergaduh.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis mencari suami mangsa yang menghilangkan diri untuk membantu siasatan. - Metro


p/s: mintak simpang dijauhi jodoh sebegini. =.=

Monday, November 29, 2010

kuceng cekgu cirit birit!

Salam berita jam 10 sengah! hehe


Malam ni aku nak share pasal story or experience aku yang aku akan ingat sampai bebila.

Masa : last semester 2011
venue: Ahmad Ibrahim kuliyyah of Law aikol MM4.12
Kelas: Bahasa Melayu Komunikasi

sedetail itu yer.. hihi. dulu la kan... masa aku blom masuk menara gading, masa aku remaja anak dara time skolah menegah dulu.. (skang maseh dara &begetah uke.kah3), aku dok dengar2 citer siswa-siswi pasal life dorang as a graduate kat universities masing2. citer nak rak jer kan... bajett 'aku-makan-garam-dulu' 'korang kecik gi apa taw'..sok masuk u baru korang rase. ha!! gedebukkk! kelapa jatuh atas pale! yer yer aku da masuk u pon..aku plak rase..haa..ni pengalaman aku pasal pe'el or ragam lecturer (tak sumer.karang ada yang 'pedajey' repot psl entri aku nii.hihi).

masa aku skolah menengah time SPM, salu la kan..kite da nak kuar skolah,pasni nak masuk u plak.. so,kite excited giler dengar pengalaman orang2 masuk u 'oh wow! best giler' la nyah.. ada antra mereka penah citer, lecturer kat university tak macam cekgu2 skolah, sume pakai suap jer ilmu. itu lecture kasi semborr punya, prongg prangg prongg prangg kau malas lagi awang dogoi balik buat bendang la woi (sawah). (naseb aku minah,bukan awang =,~). tapi kat U lain, kau faham ker x.. lantak ler. tapi lectrer aku ada jer yang jenis suap sket.. xbanyak.hehehe. if nak wat klas, dia wat, if xnak..diam gutu jer.. or kasitaw classrep class postpone.

ada sorang cekgu klas BM ni, dia memag cat lover gilerr.. skali orang banci isi rumah dia.. dia kira dengan kuceng2 dia skali 'smua skali 46 orang isi rumah cik' haha! sebab populasi kuceng2 yg melebihi tuan rumah. dia begitu menyayangi haiwan jinak dan comel ini. wat jadi haiwan peliharaan-angkat' dia.. gi makan makanan mahal2. gi wat medical check-up, cucuk vaksin, gi wat vasektomi kat kuceng jantan spy x tambah populasi yang sedia banyak tu. tp still banyak sebab dia amik street-cats.

penyayang kan dia?

satu hari ni, dia tak datang kelas. kitorang ingat ape la kan.. skali classrep text


kitorang sekelas like -'oh whatt??' blurr jer kejap.

kusangkakan cekgu maen2... tapi siyes wey siyes. suma orang pon blahh la kan. aku jer kat situ gi, ape ni ape ni.. sedey doe kelas cancel.. wakaka. =.= (klas bm, cakap melayu bile gi nak ckp melayu lam klas kat sini. sume pkai slangaaaa english n arab jer.huhu). tapi sampai skang la..aku tak leh trime hakikat excuse itu.. bile pk logik pon ada betulnya.. yela,tinggal serumah.. cirit susah lak kan.. huhu.

macamna dengan korang yg bela kuceng lam umah? ada sapu gamat kat perot kuceng bila dia cirit x? hihi.


prop penting: plastik

till here then. thank you for reading this entry <3>

p/s: naseb ku bela hunny bunny lam sangkar emas.

Sunday, November 28, 2010

i am 20teenage woman.eh! haha

Harini, genaplah 20 tahun umo ku.. sebab harini kan 27 november.. (pura2 jela harini 27 ek? =.=) happy 2oth birthday syakirah..! hihihihi. puhhhh..puhh...puhh!!!~ (niup lilin) ngee~ da lama xtiup lilin && sambut birthday dengan kek. ='( ayat nak sadiss je kan.. haha. takesah pon. actually, aku kannyer suka sangat makanan manis2 like kek, chocolate, aiskrim..bla..bla... kurang meminati. skali skala je bleh. tapi nanti ada orang tu.. orang tu... cakap aku tipu sebab lately aku melantak coklat & aiskrim.. n nanti nak makan secret recipe. haha. kempunan dari before balik kedah lagi taw.. hua3.

so, harini (semalam =B ), aku gi penang. seberang Penang. naik ferry dengan keta2 skali. haha. how come bleh berblogging atas ferry! hebat..~ hihi. tengah2 laut pon ada wireless.wakaka. best giler gi Penang. last sem kan ada subjek yang aku amik; Malaysian Legal system. so, aku ada blajar pasal macammna english law masuk negara kita, reception of english law in strait settlement (penang, malacca & singapore). so, bila tengok bangunan2 bersejarah kat situ.. n tempat2 yg dinamakan sempena nama tokoh2 penjajah (tokoh? ciss) aku bleh la citer sket2 kt adik2 aku psl sejarah penang. dah macam pemandu plancongeee! kah3. (even aku xbgus pon lam subjek tu.wuwuwuw). semalam ada pegi komtar which is aku rasa tade mende sangat.. tapi the best part gi shopping kat Prangin Mall .

ask mr.google

kat sini aku bejaya rembat 2 benda; blouse putih n lace cardi. happy giles! (^,^)

<3


sopan x baju?
(tuan dia? =B )

Back from shopping, kena balik terminal jetty. jam da pukul 7.40 p.m gitu.. naseb beratur keta tak lama sangat.. sebab pastu nak gi umah pak cik sedara nak solat, n amik tok balik umah. sampai jam 12.30.. balik jer trus tido sebab penat giler. hurmm.. so sad sebab jari kaki aku melecet pakai Buaya ='( lagi scars! sedey giler... scars lama baru jer nak recover balik.. dah ada yang baru. kenala rajen sapu Bio Oil pasni... (pomote jap. tapi siyes effective. ;) )..

ok then, kepada sesiapa yang berhajat nak bagi hadiah still can do so even the day had past! haha. tapi yang penting,wish korang.. aku da lama plan nak active facebook sempena birthday aku. sebab nak tengok people wish. tapi cam poyo jer idea ni.. haha. so, tajadi lah. biarla... ingat ke.. xker... takira! majuk gak. huhu

rite here then! thanks for reading this entry.. have a nice day people! ;)

p/s: pada hari kita dilahirkan, se-afdalnya kita rai para ibu2,umi2,mama2,mak2 kita... berterima kasih lah kpd mereka yang telah bertarung nyawa utk melahirkan kt kemuka bumi ini.

terima kaseh umi! (^,^)


Tuesday, November 23, 2010

i el ou ve ee hayley!

Harini aku nak citer pasal band or artis yang aku minat+suka+chenta giler. (currenly). ekceli, aku layan jer lagu genre pape pon.. asal best n bila dengar tu, pergh, layannn jer babe.. lalok jerr.. wuwuwuw.. hihihi. takira la.. nasyed pon ok.. R&B ker... rock ker.. metal ker.... ikut la.. tapi aku tade la nak 'label' aku ni universal. ada jenis2 lagu aku memang xleh trima smpai skang.. macam lagu jiwank rock kapak. der! bilo dengor tu.... nak kembang trok jer idong nii :S so, bila aku da xleh trima lagu2 jenis tu, aku pon tafaham kenapa member2 aku layan. haha. memang tangkap leleh punya jiwank. tu tak leh blah tuh. bila aku wat kuar statement ''jiwank giler lagu ni'- nak jer member2 perli konon xsuka jiwank. weyh weyh,, aku ni pencinta yang blurrr taw. haha. tareti tareti pelisss... =.=

so, here i wanna talk aboutt.. PARAMORE- the members are; hayley,jeremy,zac,josh && taylor. so, of cuz kat sini..aku suke giler ngan akaQ angkat ku si hayley. kalau korang pasan rambut oren dia tuh.. aku gi teman dia pi kaler rambut tu. dia tanya aku nak kaler apa lawa enn... aku cakap arr..kaler oren diffrent skit. pergh! xpk panjang trus..oreng nyer mak ngah rambut youu~ aww~ memang Qock lah. ce tengok badan dia.. tecik cam aku arr kan. coz dulu kita ada group dak2 kecik. haa.. hayley ni salah sorang ahli group la. plus plus, tekong kumpulan lagi! (tekong tu macam chief la) . haha. kecik2 lagi dah berpengaruh doe. tak heranla besar2..ada band sendiri.. ramai fans dia. da pandai wat tapak nak pemes kecik2 agi. waa salute sama luu ar babe..~ (~,^).

satu mase dulu..si hayley ni penah masuk koir, nasyed... mcam2 gi ah pertandingan nanyi kan. tade lak tom tom bak ker time tu. kalau x..memang da join pon. bab dia salu headbanging time nanyi.. aku da pena nasehat dia dulu toksah dok anguk2 cam orang lalokk. sampai kan penah msuk ospital dek urat tengkok dia tergeliat. huhuhu. sedey ah time tuh. zaman renaissance tol. naseb sembuh, kalau x..ilang la tonggak harapan negara, bangsa && kuarge. so, bila da besar.. dia wat balik tebiat lama dia.. hermm, aku bleh perhati dari jauh jer la kan. nak jumpa skang da susah... dah pemes la katakan... nak jumpa blakng tirai pon susah. haishy! konsert dia pon aku bleh miss baru2 ni.. tapi tape.. aku harap birthday aku 27 nov ni dia talupa la kann... raya taun depan pon..ku arap dia balik la kampung, peminat2 felda pasti merinduinya.

asal dari kampung!
(trademark dia dulu2 kalau korang nak taw)



kat sini aku nak sajikan uolz one of paramore's songs. enjoy~ (^,^)
CAREFUL by Paramore


Monday, November 22, 2010

mekap mekap time!

salam olz!

Masa tecik luluu... aku suker men mekap mekap ngan tengtawan (see, cakap pon xterus.ihihi). basic2 alat mekap ialah... ; liptip, celak (a.k.a eyeliner), bedak powder johnson baby. haha. pedap pedap kat muka.. da jadik cam opera cina. liptip tuh, memang tebal + merah angg..angg.. boh kat bibir yang sedia tebal ni. kelakar jea bila ingat.

macamna dengan pengalaman hampa masa kanak2 lu? suke men masak2? mekap2? or tawen2? haha!

itu budak pompuan nya main. guys mesti ada men pistol2, tembak2, && sepak2 kan? i dont know lah. hehe. tapi dulu.. aku penah la maen kasar2 ngan dak laki. memang kasar giler. sebab maen baling2 batu. hik3. tak lawak nih. betul punya citer... ;p & as a result, there was a boy (maseh hidup hingga skang. jiran smpai skang), baling batu...hampir terkena mata, but naseb terkena tepi kening jer. huhu.

the reason why aku citer a bit psl childhood aku sebab aku tringat kecik dulu suker mekap2. & tadi my cousin baru jer mekapkan aku. kita men mekap2 laa.. haha. sjer nak nge-test skill dia mekap. so.. tadaa.......~~




pipi xleh tembam skit agi ke =.=



nak suci je kan.. hua3


Thank you for reading! (^,~)